membaca filem p. ramlee - pendekar bujang lapok
‘Membaca Filem P. Ramlee’ adalah siri podcast bagi menyingkap ‘mesej tersembunyi’, falsafah, satira sosial dan pengajaran dari 60 lebih filem-filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, melalui babak, dialog dan aksi terpilih.
Apakah mesej-mesej penting yang diselitkan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam filem dan lagunya?
Antara kelebihan filem-filem Allahyarham adalah dialog bernuansa yang didatangkan dengan aksinya sekali, serta tidak dibazirkan dengan reaksi yang tak perlu atau tiada makna. Menjadikan setiap babak itu padat dalam kesempurnaan sebuah filem, lalu cukup buatkan kita ingat sampai bila-bila.
Sebuah khazanah pemikiran yang kaya dengan lapisan makna kemanusiaan dan hikmah, amat relevan sehingga hari ini. Karya-karya Allahyarham bagaikan ‘enigmata’ yang dapat dibaca dari pelbagai tahap pemahaman, dari seberat-berat pemikiran hinggalah sekadar melayani jenaka penawar hati dan satira yang menegur.
Grandmaster Dr. Haja Mohaideen, siri Podcast MEMBACA FILEM P. RAMLEE membawa perspektif seni dan falsafah yang mendalam. Karya P. Ramlee bukan sekadar tontonan, ada yang mem’provokasi’, ada teguran dalam gurauan, sindiran tajam, meletakkan realiti masyarakat, politik dan pemerintah waktu itu didalam ‘kasut’ watak ciptaan yang nampak bersahaja tapi menyentap hati yang tahu makna sebaliknya.
Mempunyai hubungan rapat dengan sahabat-sahabat lama sezaman Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Dr. Haja banyak menimba ilmu, perkongsian pengalaman dan cerita sumber secara langsung dari mereka.
Kini lebih 50 tahun selepas pemergiannya, warisan seni-intelek beliau masih terus mengajak kita merenung dan memahami pesanan-pesanan Allahyarham Tan Sri.
SHADE : Grandmaster Dr. Haja Mohaideen bin Haji Abu Backer merupakan seorang pengasas Seni Kapi Warisan Malaysia menguasai pelbagai aliran termasuk Karate Budokan, Silat Tapak 100, Silat Sabit Indrasakti, Silat Gegaran Patani dan Sendeng Merah. Dianugerahkan Judan darjah ke-10 tali pinggang hitam tertinggi dalam Musashi Ryu oleh International Budo Association dengan pengiktirafan daripada World Black Belt Bureau, Rape Awareness and Prevention Organization dan juga beberapa pengiktirafan lain-lain. Berkolaborasi dengan Kementerian Belia dan Sukan memberi ceramah dalam seni sains bela diri dan pelbagai bentuk dedikasi dalam memelihara warisan dan budayalah. Dan kita tengok filem-filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pun banyak diangkat apa ni seni-seni bela diri yang menjadikan salah satu kekuatan dalam beberapa filem-filem paling Allahyarham sendiri. Setiap orang ada kenangan dia tersendiri macam mana depa depa sematkan dalam diri depa filem-filem Allahyarham Tan Sri dalam jiwa depa. Sampai sekarang boleh kata dua ke tiga generasi rakyat rakyat.
Malah apa ni pernah pernah di dibayangkan orang kata P Ramlee ni mempunyai peminat yang belum dilahirkan lagi generasi daripada tiga generasi ke belakang dan juga generasi akan datang, mungkin lebih mungkin mungkin lebih lagi nak P Ramlee akan lahir lagi master sendiri macam mana filem-filem master start umur berapa mula-mula kenal filem P Ramli dan dan menjadi impact kepada master ?
MASTER HAJA: Kalau kita bercakap pasal Almarhum er Tan Sri P Ramlee ni dia adah satu manusia yang unik, manusia yang luar biasa. Kita tengok daripada karya-karyanya, karya-karya hidup, karya-karya sasai hidup aa bukan daripada segi bukan daripada segi penceritaan daripada mesej-mesej yang dia nak sampaikan dan mesej-mesej dia hidup sampai sekarang. apa yang dilakonkan ataupun skrip yang ditulis oleh almarhum Tan Sri lakonan pencitaan dia benda tu adalah benda yang seharian benda yang hidup sampai kini benda yang dia bercakap a 50 tahun 60 tahun dulu sampai sekarang menjadi kenyataan dan sedang berlaku sedang berlaku, dan Master yakin zaman P. Ramlee akan hidup selama-lamanya.
Itu pertama. Kedua, kalau kita tengok daripada segi konsep perfileman dia, setiap filem atau lakonan almarhum Tan Sri P. Ramlee, dia ada soal dan jawab. Dan soal dan jawab dia menceritakan kebanyakan tu lebih pada sikap kemanusiaan. Sikap manusia, cara kerja manusia, cara pemerintahan, cara ‘leadership’, semua tu dalam filem tu. Setiap-tiap filem tu semua ada kebaikan. Itu kalau kita nak tengok dia apa ilmiah dia.
SHADE: Dan kalau kita kenal, Master kalau jumpa kawan-kawan jumpa duduk sekali dengan kenalan-kenalan, termasuklah dengan kami yang selalu jumpa dengan master tak akan terlepas dari bercerita tentang P. Ramlee, dia ‘reflect’ kepada realiti kita sekarang, walaupun waktu tu zaman 50-an tapi berzaman-zaman sikap manusia sama tak pernah berubah macam yang di gambarkan dalam filem-filem P. Ramlee. Secara peribadinya, pengamatan filem-filem P Ramlee yang menjadi pemerhatian Master, datang daripada daripada mana ?
Maksud saya, kebanyakan orang menonton depa tengok hiburan, seronok tengok satira-satira, ‘troll’ P. Ramlee. Master pula melihat lebih berlapis-lapis. Pengamatan master datang daripada mana tu?
MASTER HAJA: Master banyak terlibat dengan persilatan dulu berkawan dengan orang lama, kita dalam persilatan banyak orang tua-tua dan masa juga ada juga bercampur dengan kawan-kawan almarhum, jadi kadang kita bersembang tentang P. Ramlee, dan masa bila menonton filem-filem Almarhum, Master suka tengok daripada sudut yang berbeza, dimana kebanyakan filem P.Ramlee tu dia mendidik kita semua untuk hidupkan jati diri macam contoh Pendekar Bujang Lapok, Ahmad AlBab, Hang Tuah. Dan kalau kita renung dan kalau orang hayati banyak benda-benda perkara yang kita boleh mempelajari dan kita boleh membangun jati diri daripada filem Almarhum itu sendiri.
SHADE: Master ada sebut tadi, ada kenal beberapa orang tua-tua dan juga orang lama daripada zaman P. Ramlee sendiri, siapa antara yang master kenal?
MASTER : Kalau kalau semua orang dengar dan kenal arwah Abdullah Darus, dia tokoh boria, dia satu kampung dengan P. Ramlee bahkan, Almarhumah kakak pada Abdullah Darus juga, adalah guru mengaji P. Ramlee masa kecil-kecil dulu.
Jadi kita banyak bersembang bersama, dan Almarhum Abdullah Darus ni juga satu pemikir budaya. Kita tak bersembang pasal topik-topik yang merapu-merapai ni. Kita bercakap banyak daripada segi ilmiah, pemikiran kadang-kadang lagu-lagu P. Ramlee, filem-filem Allahyarham.
Dan di tempat ni, di kawasan ni, di jalan ni, Jalan Gemas Road ni semua kita jangan lupa kita ada dua tokoh besar di Pulau Pinang. Dua tokoh besar, iaitu Tan Sri Dr. Ahmad Nawab. Merupakan kawan rapat dengan almarhum Tan Sri P. Ramlee. Jadi, dua-dua Tan Sri, dua-dua doktor dari tempat ini, iaitu dari Pulau Pinang.
RASHID : PENDEKAR BUJANG LAPOK - Tahun 1959, dua tahun lepas Merdeka (1957) ni. Bagikan sikit apa ni ringkasan ataupun summary lah konteks aa filem Pendeka Bujan Lapuk ni dan er tema dia apa dia yang Allahyarham nak nak sampaikan ni?
MASTER : Sebelum ‘pendekar’ tu dia Bujang Lapok. Okey, tiga orang ni Bujang Lapok. Dia belum jadi pendekar lagi. Maksudnya dia belum jumpa lagi pendeka mustak. Dia belum pi belajar lagi. So kalau kita ambil er kisah ataupun perilaku yang berlaku di Penambang ataupun kita panggil sang JT lah. JT tu penambang tu banyak yang kita boleh belajar.
SHADE: Ia membuka kepada jeti penambang dinamakan secara fikionalnya Pengkalan Sungai Kemunting, lokasi yang sebetulnya di kalau tak salah di Selat Tebrau, antara Johor dengan Singapore
MASTER HAJA : Ya, Singapore nampak Singapore di belakang.
RASHID : Jadi, dia sebuah pengkalan dia satu pengkalan milik orang kaya orang kaya nispu dan pekerja-pekerja dia di di banyak dikawal oleh samsing Kuala samsing Kuala sebagai pekerja secara tak langsung mengganggu urusan pergi dan balik masyarakat setempat tu. Jadi itulah apa konteks dan maksud semua tu ?
MASTER HAJA : Kita nampak macam tu kan? Cuba kita cuba kita balik sejenak. Kehadiran tiga lelaki ini P. Ramli Aziz dengan Sudin, ini perjalanan sedang mencari, dia nak tunjuk tiga orang ni sedang mencari meraba-raba lagi. Dia belum jumpa Pendekar Mustar. So tunggu dalam masa tu sampailah satu bot ataupun sampan..
TONTON membaca filem ‘PENDEKAR BUJANG LAPOK’ DI SINI
https://www.youtube.com/watch?v=3qWiB8gk2Gw&t=605s
Terbitan : CENTRICZONE GROUP PLT
Panel : DR. HAJA MOHAIDEEN BIN HJ. ABU BACKER
Moderator : SHADE ASRI
Penghargaan Lokasi : GALERI & RUMAH P. RAMLEE, ARKIB NEGARA MALAYSIA, NEGERI PULAU PINANG
Penerbit : MASHITOH CHEN
Editor : SHADE ASRI
Pembantu Penggambaran : NIZAR JOHARI